Kelas Microsoft Excel Dewasa

18 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Mac 2019 bersamaan hari Ahad, telah diadakan Kelas Microsoft Excel Dewasa selama 2 jam 30 minit bermula pada pukul 2.00 petang dan berakhir pada pukul 4.30 petang. Kelas ini telah dihadiri seorang peserta yang merupakan seorang guru tadika dan juga usahawan yang menjual kain pasang secara atas talian.

Tujuan kelas ini diadakan untuk membantu peserta cara-cara menggunakan fungsi-fungsi yang ada pada Microsoft excel dalam menyiapkan tugasan harian beliau.Peserta telah diajar cara memasukkan data ke dalam graf,membuat jadual dan menyiapkan proses kira-kira jualan.

Diharapkan dengan adanya kelas ini,dapat membantu peserta dalam menyiapkan tugasan beliau sebagai guru dan meningkatkan keuntungan dalam menjual produk.



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali